Ketiga-tiga warna tersebut merupakan lambang permuafakatan dan kebesaran tiga orang Raja yang memegang teraju pemerintahan Negeri Perak. Warna putih bagi Seri Sultan, warna kuning bagi Raja Muda dan warna hitam bagi Raja Di Hilir.
Bendera ini dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan, terutamanya pada waktu pejabat. Bagi rakyat jelata, bendera ini juga boleh dikibarkan pada masa-masa tertentu, seperti Ulangtahun Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan, Hari Pertabalan dan sebagainya.
Bendera ini juga boleh dipakai pada kenderaan pemimpin-pemimpin yang tertentu seperti kereta Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak (Darul Ridzuan) dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri (Perak Darul Ridzuan).