Portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan Bahasa Melayu | English 


Maklumbalas | Buku Tetamu | Forum | Penghargaan |  

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).
DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI (D.K.)

Darjah Kebesaran ini adalah anugerah yang terkanan sekali dalam senarai keutamaan anugerah Negeri Perak Darul Ridzuan. Keanggotaannya adalah terhad. Darjah ini mempunyai empat lambang kebesaran iaitu Kalung, Bintang, Lencana dan Selempang.

Kalung Darjah ini ialah sambungan kepingan bergaris pusat 3.9 cm, ikatan Jata Diraja yang bersilang pedang serta dilingkari oleh ukiran bunga padi, dan di tengah-tengah persilangan pedang terdapat bintang di penjuru. Kepingan yang serupa juga diikat di bahagian belakang bertentangan dengannya. Bunga berpintal berbentuk bintang 9 penjuru bergaris pusat 2.7 cm yang diselang-selikan dengan kepingan-kepingan bulatan berukiran dengan perkataan "AZLAN SHAH" dalam tulisan Jawi yang bergaris pusat 2.5 cm disambungkan antara satu dengan lain dengan rantai cincin bulat bersambung.


Darjah D.K. sebelum tahun 2001

Bintang Darjah ini mempunyai 9 penjuru berjalur kembang api bertatah berlian di antara setiap penjuru, bergaris pusat 2,5 cm. Di atas kepingan bintang ialah bulatan enamel berwarna ungu diraja dan bergaris pusat 4.5 cm. Di bahagian bawah bulatan enamel bertulis "TAAT KEPADA ALLAH" dalam huruf Jawi, sementara di kiri kanan bulatan diukir dengan bunga padi emas. Di tengah bulatan enamel pula, terdapat Jata Diraja Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Rekabentuk Lencana Darjah ini adalah sama seperti Bintang Darjah kecuali ianya tidak bertatah berlian di antara setiap penjuru, bergaris pusat 7 cm, bulatan enamel bergaris pusat 3.2 cm. dan Jata Diraja bergaris pusat 2.4 cm. Lencana ini disambung kepada Kalung dengan lingkaran pada tulisan Jawi "TAAT KEPADA ALLAH" di bahagian tengahnya, dan bulan dan bintang penjuru 9 di bahagian atasnya.

Selempang Darjah ini, diperbuat daripada kain sutera, mempunyai kelebaran 10.3 cm dan berwarna kuning diraja. Panjang Selempang ialah 243.8 cm.


© 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Semua hakcipta terpelihara.