Portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan Bahasa Melayu | English 


Maklumbalas | Buku Tetamu | Forum | Penghargaan |  

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).
DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK YANG AMAT MULIA MAHKOTA PERAK

Darjah Kebesaran ini diasas dan dizahirkan pada tahun 1957. Ianya mengandungi empat kelas seperti berikut:-

  • Kelas Yang Pertama
    Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)

  • Kelas Yang Kedua
    Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)

  • Kelas Yang Ketiga
    Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)

  • Kelas Yang Keempat
    Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

S.P.M.P.

Penerima-penerima Kelas Yang Pertama menikmati dengan panggilan kehormat "Dato' Seri" dan isterinya "Datin Seri" manakala penerima-penerima Kelas Yang Kedua menikmati dengan panggilan "Dato'" dan isterinya "Datin". Tetapi suami kepada penerima yang terdiri daripada kaum wanita tidak menikmati apa-apa panggilan kehormat khas.

D.P.M.P.
Kalung Darjah ini ialah sambungan kepingan bergaris pusat 3.5 cm, ikatan lingkaran pontoh di bahagian hadapan dan di belakang bertentangan dengannya. Kepingan 4 anak bulan mengelilingi bintang 9 penjuru bergarÔs pusat 2.6 cm, dan diselang-selikan dengan kepingan bulatan berukiran perkataan "AZLAN SHAH" dalam tulisan Jawi bergaris pusat 2.3 cm. Jumlah kepingan ialah sebanyak 30. Kepingan-kepingan ini disambung dengan rantai cincin bulat bersambung. Rekabentuk lencana adalah sama dengan Bintang Darjah yang disebutkan di bawah kecuali ukuran bintang bergaris pusat 7 cm, bulatan enamel biru diraja 3.1 cm, enamel putih 2.4 cm serta Lambang Negeri 2 cm dan tidak bertatahkan berlian. Lencana ini disambungkan kepada Kalung dengan kepingan bentuk 2 pedang Cura Si Manja Kini bersilang dan bertatah bulan bintang di atasnya.

Bintang Darjah bagi Kelas Yang Pertama (S.P.M.P.) ini ialah bintang 9 penjuru berjalur runcing dan bergaris pusat 8.8 cm. Bintang ini bertatahkan 9 biji berlian, satu di setiap penjuru. Di atas kepingan bintang terletak bulatan enamel berwarna biru diraja dan bergaris pusat 3.9 cm serta tulisan "TAWAKAL DARIPADA ALLAH" dalam huruf Jawi terdapat di bahagian bawahnya. Di bahagian bingkai dalam terdapat enamel putih yang bergaris pusat 3.1 cm serta di atasnya Lambang Negeri yang bergaris pusat 2.4 cm.

P.M.P.

Bintang Darjah Kelas Yang Kedua (D.P.M.P.) mempunyai rupabentuk yang sama dengan Bintang Darjah Kelas Yang Pertama melainkan ianya tidak bertatah berlian sama sekali pada pertengahan setiap penjuru.

Kuatkuasa dari tahun 2001, Selempang bagi Kelas Pertama ini berwarna biru muda dan berkelebaran 9 cm. Di pertengahannya terdapat garisan berwarna kuning diraja 2.8 cm lebarnya. Bagaimanapun, Selempang bagi Kelas Yang Kedua adalah berlainan, ianya berwarna biru muda dan tepinya berjalur kuning diraja selebar 0.8 cm. Panjang Selempang bagi Kelas Pertama dan Kedua ialah 243.8 cm. Di penghujungan Selempang bagi Kelas Yang Kedua terdapat sebuah lencana berukuran garis pusat 7 cm digantungkan pada pertengahan bow.

A.M.P.

Darjah bagi Kelas Yang Ketiga (P.M.P.) ini ialah sama dengan lencana Darjah yang digantung pada Kalung Darjah ini seperti yang telah diterangkan di atas. Lencana ini disambung kepada reben dengan kepingan berbentuk 2 pedang Cura Si Manja Kini bersilang dan bertatah bulan bintang. Warna reben biru muda dan berjalur kuning diraja di tepinya.

Darjah bagi Kelas Yang Keempat (A.M.P.) ini mempunyai bintang 9 penjuru berjalur runcing, bergaris pusat 4.5 cm dan tebalnya 2 mm. Bulatan enamel berwarna biru diraja, bergaris pusat 2.2 cm dan di bawahnya bertulis Jawi "TAUFIK DARIPADA ALLAH". Bingkai dalam enamel berwarna putih, bergaris pusat 1.6 cm dan setebal 1 mm. Lambang Negeri terletak di atasnya, bergaris pusat 1.9 cm dan setebal 1.5 mm. Reben Darjah ini mempunyai ukuran leber 3.2 cm dan panjangnya 5.1 cm. Warna reben biru muda dan berjalur kuning diraja di tepinya.


Darjah dan pingat YAM Mahkota Perak sebelum tahun 2001.

© 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Semua hakcipta terpelihara.