Portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan Bahasa Malaysia | English 


Maklumbalas | Buku Tetamu | Forum | Penghargaan |  

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).
ISTANA RAJA DI HILIR

Istana Raja Di Hilir terletak di Jalan Raja Di Hilir (yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Tambun), Ipoh. Pembinaannya dipercayai telah bermulia pada tahun 1972 dan pelan bangunannya siap dilukis serta diluluskan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak (Darul Ridzuan) pada 15 November 1971. Pelukis pelan bangunan ialah Encik Yeap Beng Hoe.

Istana ini didirikan sebagai pengganti Istana Raja Di Hilir lama yang terletak di Jalan Bendahara, Ipoh. Mengikut sejarah, istana lama telah dibinakan pada tahun 1919 dan pada mulanya dihinggap oleh Raja Bendahara. Selepas penyingkiran gelaran Raja Bendahara pada tahun 1953, maka istana lama pun diubahsuai dan diduduki oleh Raja Di Hilir. Istana lama telahpun diserah kembalikan kepada pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1972 dan selepas itu pernah digunakan sebagai Pejabat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Darul Ridzuan) sehingga bagunan itu diruntuhkan sama sekali pada tahun 1990.

Istana Raja Di Hilir yang baru mempunyai dua tingkat. Reka bentuknya berbumbung limas dengan corak perabung limas sambungan tengah. Bumbung utama pada ibu bangunan mempunyai dua bumbung jenis Potong Perak yang delengkapi dengan tingkap kecial khas untuk pengedaran angin masuk. Di penghujung bumbung-bumbung itu terdapat bukaan yang kecil dan disambung oleh anjuran papan yang dibuat dengan halus dan membayangkan unsur-unsur kemelayuan. Terdapat pula sebidang ruang terbuka di tengah-tengah yang dikelilingi, dengan bangunan istana. Pejabat Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir, Kamar Menghadap, Bilik Santapan, Bilik Tetamu Perempuan, bilik rehat rehat orang gaji, dapur dan bilik stor terdapat di tingkat bawah. Di tingkat atas letaknya puri diraja, pejabat/kamar diraja, bilik-bilik beradu tetamu dan ruang beristirahat yang bertempat di atas serambi.

Istana ini juga diubahsuai semula secara besar-besaran pada tahun 2001.

Luas kawasan istana tidak melebihi 1.5 hektar. Di depan bangunan istana terdapat rock garden dan kolam kecil manakala di sebelah belakang ditempatkan rumah-rumah orang gaji istana dan tempat letak kenderaan diraja.

© 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Semua hakcipta terpelihara.