Portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan Bahasa Malaysia | English 


Maklumbalas | Buku Tetamu | Forum | Penghargaan |  

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).

Pada tahun 1994, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atas nasihat Dewan Negara Perak telah meluluskan lima bangunan persemayaman Raja-Raja digelarkan sebagai 'Istana', dan bangunan-bangunan itu adalah:-

  1. Istana Iskandariah di Kuala Kangsar,

  2. Istana Kinta di lpoh,

  3. Istana Perak (sekarang dikenali sebagai Istana Changkat) di Kuala Lumpur,

  4. Istana Raja Muda di Teluk Intan (istana ini tidak lagi diduduki oleh Raja Muda sejak 1988, dan sekarang Raja Muda hinggap di Istana Tetamu di Ipoh), dan

  5. Istana Raja Di Hilir di Ipoh.

Istana Iskandariah, Istana Kinta dan Istana Changkat (dahulunya dikenali sebagai Istana Perak) merupakan tempat bersemayam Paduka Seri Sultan Perak dan kerabat diraja baginda, manakala lstana Raja Muda dan Istana Raja Di Hilir adalah dikhaskan untuk persemayaman Raja Muda dan Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir serta kerabat-kerabat masing-masing. Bagaimanapun sejak 1988, Istana Raja Muda (yang terletak di Teluk Intan) tidak lagi diduduki oleh Raja Muda dan Istana Tetamu di Ipoh telah dipilih menjadi ganti tempat bersemayam rasmi Raja Muda sekarang. Sejarah dan rekabentuk Istana Changkat tidak dapat diperolehi untuk dimasukkan di sini. Istana Kenangan, Istana Hulu dan Istana Negara merupakan istana-istana yang pernah dijadikan tempat bersemayam rasmi beberapa Sultan Perak pada zaman dahulu.

© 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Semua hakcipta terpelihara.